Kuala Lumpur: Hasrat pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal yang meninggal dunia semalam untuk menyambut ulang tahun kelahiran ke 26 tahun Isnin ini lagi tidak kesampaian.
"Saya yang terkilan apabila membacanya. Arwah ingin menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya tahun ini kerana tahun lalu tidak berkesempatan. Lagi empat hari sayang," tulisnya berserta paparan mesej peribadi yang dimuat naik.
Dalam pada itu, rata-rata rakan Allahyarham turut memohon orang ramai untuk menghentikan spekulasi punca kematiannya.
Kata mereka, biarlah ahli keluarga yang berkongsi mengenai punca kematian arwah apabila tiba waktu yang sesuai.
Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Terdahulu, Syazlin dilaporkan meninggal dunia semalam. Dia dikatakan meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan.
Berita sedih itu dikongsikan rakan-rakan Syazlin di media sosial.
Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
0 Comments