Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? |
Betullah kata
pepatah anak-anak merupakan gambaran serta acuan yang diberikan oleh ibu bapa.
Sebagaimana kita tahu, Nana dilihat sering mengenakan fesyen oversized
yang menarik perhatian netizen namun masih menjaga aurat sebagai seorang wanita
muslimah. Dia juga bijak berfesyen dengan imejnya sekarang.
Hal ini sama seperti yang dilalui pengacara popular, Nana Mahazan yang terkejut apabila puteri sulungnya, Althea Raqeem Brian yang berusia 12 tahun mahu memakai tudung.
Menurut laporan, dia tidak mengambil serius tentang keinginan Althea sebelum ini, tetapi bersyukur anaknya yang berusia 12 tahun itu sudah empat bulan memakai tudung.
“Dia membuat keputusan
itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap
wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.
“Saya pun
menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib
bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula
pakai tudung sejak tahun lalu.
“Ketika saya
belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin
selepas melihat saya sudah mula bertudung…
“…dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya,” kata pengacara berusia 39 tahun itu.
Nana yang juga seorang usahawan berkata, dia gembira dan teruja dengan tindakan dilakukan puteri kesayangan dan berharap Althea kekal istiqamah.
“Mestilah saya
seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung
apabila dapat tahu dia nak bertudung.
“Malah saya juga
sanggup keluarkan tudung edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat
warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya. Apapun keputusannya
saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya
juga bersyukur…
Moga Althea
terus istiqomah menjadi muslimah sejati dan cantik seperti ibunya.
0 Comments