Sudah sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di
negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.
Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali
mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan
RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
·
“Niat
saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata
ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.
·
“Setahun
kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian
hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili
kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya
di Puncak Alam, dekat sini, semalam.
·
“Alhamdulillah,
tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan
pengeluaran cili lapan tan.
“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di
keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat
yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.
Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4
hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di
mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan
panjang mencecah lima hingga enam inci.
“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu
menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
“Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya dan suami
banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi
cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.
Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak
34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian
sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.
·
“Saya
akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau
perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan. “Saya
menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian
kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili
import,” katanya.
Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali
ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of
Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon
pintar.
“Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi
komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada
fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih
bermaklumat.
“Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang
pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber
manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu
pertanian.
“Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan
udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah
pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung
berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini,” katanya.
Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan
mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih
berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan
termasuk kandungan Omega 3.
·
“Dengan
menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga
kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan
yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import,” katanya.
“Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan
sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.
“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar
raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran
makanan.
“Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan
yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili,” katanya.
0 Comments