"Tak Nak Menyusahkan Anak-Anak", Warga Emas Sayu Diami Pondok Tanpa Dapur & Tandas

"Tak Nak Menyusahkan Anak-Anak", Warga Emas Sayu Diami Pondok Tanpa Dapur & Tandas

 



“Tak Nak Menyusahkan Anak2”, Warga Emas Diami Pondok Tanpa Dapur & Tandas

Sambil jari-jemari berkedut seribu dimamah usia mengesat air matanya, wanita itu berpaling dan merenung ke arah sebuah pondok usang tnpa tandas berhampiran muara sungai di Kampung Pauh 100 yang menjadi tempat tinggalnya sejak 15 tahun lalu selepas kematian suami tercinta.

“Walau sedih macam mana sekalipun, saya tidak mahu menyusahkan anak-anak,” luah seorang ibu tunggal, Rabiah Jusoh, 70, di Pantai Geting di sini.

Menurutnya, pondok yang terletak bersebelahan rumah anak bongsu lelaki berusia 34 tahun dibina dengan kudratnya sendiri menggunakan kayu-kayu terpakai yang dikutip di sekitar kampung.


“Pondok ini ada sebuah bilik, ada ruang tamu yang digunakan untuk sembahyang tetapi tidak ada dapur atau tandas. Kalau hendak mandi, hanya di luar rumah dengan air paip yang disambung dari rumah anak.

“Cuma untuk lepas ‘hajat’, saya gali tanah dan kambus selepas selesai. Kehidupan saya terlalu sedih tetapi saya tidak mahu tinggal bersama anak-anak kerana mereka pun bukan orang senang,” katanya sambil menangis ketika lawatan Pertubuhan Amal Kebajikan Cempaka.

Luah Rabiah lagi, bumbung zink pondoknya yang senget dan hampir rebah itu juga berlubang di segenap ruang.

Katanya, dia juga pernah terkena zink rumahnya yang diterbangkan ribut namun bernasib baik terselamat.

“Kalau hujan dan ribut terlalu kuat, pondok akan bergegar macam nak roboh. Saya akan menyelamatkan diri ke rumah rakan berhampiran.

“Saya ada empat anak berusia 34 sehingga lewat 40-an, semua sudah berkeluarga. Anak sulung lelaki meninggaI dunia dua minggu lalu, seorang lagi anak lelaki lumpuh kerana penyakit angin ahmar dan dibantu anaknya menjual kuih, sementara yang bongsu lelaki seorang nelayan,” katanya.

Ceritanya lagi, dia menyara kehidupan dengan mengambil upah membersihkan ikan bilis dengan bayaran RM1 setiap sekilogram dan mampu menyiapkan sebanyak 30 kilogram seminggu mengakibatkan kulit jarinya menggelupas.

“Baru-baru ini ada yang hantar kayu untuk bantu baiki pondok ini tetapi tidak mencukupi. Saya pula tidak ada duit untuk membeli lebihan kayu.

“Tanah ini dibeli dengan harga RM10,000, namun masih berbaki hutang RM5,300,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Amal Kebajikan Cempaka Merah, Che Norhayati Mohamed berkata, pihaknya akan membantu menguruskan keperluan harian Rabiah dan mendapatkan tambahan kayu yang diperlukan untuk membina rumah kepada warga emas berkenaan.

Sumber: Kisah Jalanan dotcom

Post a Comment

0 Comments