Ustaz Ahmad Bakhtiar @ Daie Ruknun Meninggal Dunia

Ustaz Ahmad Bakhtiar @ Daie Ruknun Meninggal Dunia

 


Lahir pada 1 Jun 1963 di Kuala Kangsar dengan berlatar belakang keluarga beragama. Diberi pendidikan keagamaan oleh ayahanda membuat atau lahirlah seorang insan bernama Ahmad Bakhtiar yang disanjungi ramai muridnya.


Ustaz Ahmad Bakhtiar dianugerah Allah taala mendapat guru mursyid nya iaitu Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi yang juga pengasas Al Arqam. Ustaz Ahmad juga pernah dilabel pencanai minda oleh Abuya kerana kehebatannya dalam berdakwah dan sering menyentuh hati orang apabila mendengar.

Antara puitis Ustaz Ahmad

Fb Ahmad Bakhtiar








Bagi mereka yang mengenali Ustaz Ahmad sudah tentu biasa mendengar dan mengambil beberapa ilmu beliau di surau-surau, masjid termasuklah di channel YouTube Daie Ruknun. Antara mesej-mesej penting akhir zaman pesan beliau carilah Imam Mahdi, kenali ciri2 Imam Mahdi, mengetahui ciri2 tentera Imam Mahdi kerana tentera Imam Mahdi dia bebas dari syirik khofi, selalu bertaubat daripada mengeluh.


Ustaz Ahmad juga selalu menjadikan pesanan Abuya sebagai pedoman hidupnya, menjauhi perkara mungkar dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama buatlah perkara sekecil2 kebaikan bermula dengan niat, pahalanya tetap dapat walau belum sempat melakukannya.


Ustaz Ahmad juga disenangi murid dan pelajar nya dalam ilmu akhir zaman, antara dibincangkan negara ni akan damai dan sejahtera tanpa melakukan pertumpahan darah, walau sukar Islam tetap akan menang selagi berserah pada Fata At Tamimi.

Antara kata-kata lain yang selalu diingati katanya Islam tidak akan menang dengan politik akan tetapi Islam akan menang di tangan Mujaddid akhir zaman iaitu Khalifah yang benar itulah Imamul Mahdi.







Dalam bulan september lepas Ustaz Ahmad diberitakan mengalami kesihatan yang merosot, kerana terdapat jangkitan kuman pada paru2 dan jantung lemah.


Ustaz Ahmad telah dimasukkan ke wad Hospital Kuala Kangsar, dan telah ditidurkan tetapi Allah lebih menyayangi beliau dan akhirnya pada 1 Oktober 2022 Ustaz telah kembali ke rahmatullah. Sudah semesti pelajar-pelajarnya akan merindui sosok tubuh arwah yang selalu mengingatkan jangan sentiasa rasa ujub bangga dengan ibadat sendiri, selalu bertaubat akan dosa selepas taubat haram hukumnya merasa diri suci.


Ustaz Ahmad telah selamat dikebumikan di Taman Jasa Kuala Kangsar Perak.


Salam takziah, Al Fatihah dan selamat mengembara Tuan Guru Sheikh Ahmad Bakhtiar bin Ahmad






Kenangan dan pemergian Ustaz


Sumber: Maula Yusufi, Uwais Al Qarni, Ahmad Bakhtiar Ruknun, Daie Ruknun

Post a Comment

0 Comments