Setiap ibu pasti teruja melihat anak yang dikandung selama 9 bulan membesar depan mata bahkan tidak sabar mengikut perkembangan anak.
Jadi tidak hairanlah jika ada ibu yang sanggup melakukan apa sahaja bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak bukan?
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu menghembuskan nafas terakhir selepas sehari menyambut hari jadi anaknya mengundang sebak ramai.
Menerusi perkongsian suaminya di laman Facebook iaitu Mumin Mohd, isteri tercinta yang dikenali sebagai Athirah Jafar sangat ‘excited’ sebelum sambutan tersebut apabila membuat persiapan sejak sebulan yang lalu.
Di fahamkan, sambutan hari lahir bertemakan animasi ‘Cocomelon’ yang diadakan pada Sabtu lalu menjadi kenangan terakhir buat mereka.
Menurut perkongsian, Athirah dikatakan rebah di tempat kerja sebelum dibawa ke salah satu pusat perubatan di Sarawak. Dia disahkan menghembus nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak.
Lebih memilukan, Athirah sempat memuat naik satu posting mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak tercinta malah mendoakan anak ya menjadi seorang insan yang soleh, bijak pandai, taat pada orang tua, disenangi ramai serta diberikan kesihatan tubuh.
Berdasarkan sebuah lagi video di laman TikTok, kelihatan anak lelakinya menangis dalam dakapan seseorang tanpa mengetahui si ibu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
“Al-Fatihah Athirah Jaafar.. Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan nasib keluarga ini malah mendoakan agar semoga arwah Athirah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Bukan itu sahaja, netizen juga sedih melihat anaknya yang masih tidak faham apa yang berlaku dan seolah-olah menangis mencari ibunya.
0 Comments