Sekali lagi Naim Daniel membuat persembahan mengejutkan pada malam Anugerah Juara Lagu yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.
Boleh dikatakan agak gila juga persembahan yang dibawakan Naim Daniel malam tadi, kalau dulu pada AJL 34 aksi Naim Daniel berjalan di atas bola sebesar seperti bumi, AJL 36 pula jadi seorang pesakit jiwa duduk di atas katil yang terapung di udara tapi malam tadi menyanyi dengan keadaan kaki di atas dan kepala di bawah.
Rata-rata Naim mendapat pujian kerana membawa lagu dalam keadaan seperti itu yang mana boleh memberikan kesan buruk pada nyanyiannya.
Selesai persembahan Naim, pengacara AJL37, Sherry Alhadad dan Jihan Muse memaklumkan aksi berani Naim itu dibuat bersama pasukan yang pakar dan arif.
Naim yang mengenakan busana warna putih itu berjaya menyelesaikan persembahan dengan menyanyikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga manakala lirik ditulis Arisz Ab Rahman.
Tak berbaloi aksi gila tapi kalah! - netizen
Ungkapan seperti itu berlegar di live streaming AJL selepas pengumuman siapa yang dinobatkan juara. Namun dari pihak Naim dan pasukan sangat berpuas hati dengan persembahan walau tidak membawa sebarang trofi kemenangan.
Keputusan AJL 37 malam tadi
Persembahan terbaik - Syiha Zikir
Vokal terbaik - Aina Abdul
Tempat ketiga - Alif Satar & The Locos ( Anugerah Terindah )
Tempat kedua - Joe Flizzow & SonaOne ( Satu malam Di Temasek )
Tempat Pertama AJL 37 - Aina Abdul ( Terus Hidup )
0 Comments