Asal usul nama XPDC? 1985-1990
Pada asalnya, kugiran Tragedy telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Pantai Dalam Kuala Lumpur oleh vokalisnya dan gitaristnya, Mael yang berasal dari Muar, Johor dan Izo (gitar - asal Kelantan,) Mereka berdua berjaya mendapatkan tiga orang pemuzik untuk diserapkan ke dalam kugiran tersebut iaitu Yazid (dram - asal Johor) dan Man Tobey (bass). Mereka kemudiannya aktif membuat persembahan di beberapa tempat, terutamanya di funfair. Disebabkan mereka sering membuat persembahan di funfair, maka mereka telah digelar sebagai Raja Funfair oleh para peminat. Namun, perjalanan karier mereka sebagai kugiran tidak semudah yang disangkakan.
Pada suatu hari, mereka telah ditipu oleh pihak penganjur yang tidak membayar duit kepada mereka dalam satu persembahan yang diadakan di Pulau Langkawi kedah. Ini telah menyebabkan mereka terkandas di sana kerana tidak cukup wang untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pada tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (bass) dan Lee Space (dram). Ketika Zuar dan Lee Space menyertai Tragedy, di sebalik tragedi yang melanda, nasib mereka akhirnya berubah apabila bertemu dengan seorang komposer terkenal bernama Zul Adnan Bin Mohd Razali yang lebih dikenali sebagai J.S. Kevin. Pada ketika itu, J.S. Kevin datang ke Langkawi bersama kugiran Bumi Putra Rockers (BPR) di mana BPR turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Tragedy.
Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu tersebut dieja penuh sebagai Ekspedisi yang tidak begitu unik. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin. Di sinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif).
Maksud sebenar lagu 'Sedekah'
:nyanyian XPDC
Sedekah (Pemberian Ikhlas)
Jika malam aku pergi
(Andai tiba waktu kematianku)
Mendamaikan keluhan
(Menghentikan segala ujian)
Dan sejernih embun pagi
(Yang lahir tanpa dosa)
Dari hujung cahaya
(Dari syurga-Nya)
Apa ada lagi sentuhan
(Masih ada lagikah peluang)
Apa perlu aku lakukan
(Jalan untuk menujunya)
Gelora nasib ku
(Rintangan dan ujian ku terima)
Di tengah lautan menjujung kasih
(Dalam kehidupan mencabar mencari Maha Pengasih)
Dayu angin berbisik
(Datangnya bisikan hati)
Setelah kau berkata
(Dari arah petunjuk-Mu)
Dari sebuah pandangan
(Apa yang dilihat)
Capai bahasa kita
(Untuk aku fahaminya)
Ada lagi yang kau tinggalkan
(Masih ada sifat manusia diberikan)
Ada lagi yang aku simpan
(Masih ada lagi dalam diriku)
Kenangan berlalu mana mungkin lupakan
(Kisah silam penuh dosa masih aku ingat)
Aduhai saudara
(wahai diriku [monolog rintihan]) 🥺
0 Comments