Untungnya, Ira Kazar Raya Di Rumah Mertua Kaya?

Untungnya, Ira Kazar Raya Di Rumah Mertua Kaya?

 



PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba isteri kedua Syamsul Yusof didakwa beraya di kediaman Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail seperti yang ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.


Enggan spekulasi terus bertebaran, Yusof menyangkal berita palsu tersebut, selain menyatakan mereka sekeluarga bersama besan iaitu emak dan ayah Puteri Sarah Liyana bercuti di Pulang Pinang sejak raya kedua.


“Sebenarnya saya tak terkejut pun berita palsu begini ‘dinaikkan’ segelintir pihak yang saya sendiri pun tidak tahu faedah apa mereka dapat dengan menipu.


“Pada 2 Syawal kami sudah ‘terbang’ ke Pulau Pinang selama dia hari bersama, anak menantu termasuk Sarah, ibu bapanya serta cucu-cucu.


“Sebelum itu menantu kami beraya dengan kami pada pagi 1 Syawal, sebelum menyambut Aidilfitri ini dengan keluarganya di Shah Alam, pada sebelah petang.


“Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya kerana sepanjang ketiadaan kami ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.


“Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia ke rumah kami,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menyentuh mengenai sama ada tahun ini Syamsul kembali meraikan Syawal bersama mereka selepas tiga tahun tidak berbuat demikian. Katanya, dia dan isteri enggan lagi berharap.


Namun andai dibukakan hati anak lelakinya itu balik bersalaman dengan mereka, pintu rumah sentiasa terbuka menyambut kepulangannya.


“Sebelum ini ibunya ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.


“Sekarang isteri saya itu dah tak mahu berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana tak ingin rasa kecewa.


“Apa pun macam yang selalu saya cakap, pintu rumah sentiasa terbuka untuknya,” kongsi penerbit berusia 69 tahun itu.

Sementara itu, menyentuh laporan sebuah portal yang menyatakan Syamsul menceraikan Puteri Sarah sebanyak dua kali, Yusof mengatakan tidak pasti berkenaan dakwaan tersebut.


“Ada atau tidak saya pun tak pasti. Kena tanya pada isteri saya sebab banyak perkara dikongsi antara mereka,” tambahnya.


Terdahulu, kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang juga isteri pertamanya itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan selepas pengarah tersebut enggan melafazkan cerai pada 18 April lalu.


Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga, Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar, sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.


Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. 


Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments