Rumah terbuka bukan sekadar nak kena sediakan makanan, ia lebih daripada itu.Banyak sebenarnya perkara yang nak kena ambil perhatian, baru lah majlis berjalan lancar dan tetamu pun rasa selesa dan tak rasa serik nak datang ke rumah kita lagi.
1. Jika kediaman kita kecil, letakkan semua perabot rapat kedinding agar mudahkan laluan tetamu.
2. Sediakan meja utama untuk hidangan utama dan dibahagian tengah rumah.
3. Kediaman boleh dihiasi juga dengan lampu ‘lip lap’ yang ada diluar dibawa masuk kedalam ruang dalaman.
4. Kurangkan hiasan atas lantai dengan permaidani, jika ada yang tertumpah sukar diuruskan nanti.
5. Jika kediaman kecil banyakkan pencahayaan agar kelihatan lebih besar dan luas.
6. Pastikan kebersihan bilik air dijaga dan dibersikan dulu, sediakan pewangi atau lilin wangi.
7. Jika kita tidak suka orang lain masuk ke ruang dapur kita, sediakan pemisah atau sediakan pinggan dan cawan pakai buang sahaja.
8. Zaman sekarang orang gila bergambar, sediakan satu ruang yang sesuai untuk bergambar dengan latar dan pencahayaan yang baik disitu. Selain bergambar orang juga boleh bersembang dan makan disitu.
9. Jangan terlalu banyak hiasan kecil dan koleksi kita dipamerkan sewaktu rumah terbuka, kemas dan simpankan.
10. Sediakan sebuah cermin yang besar kerana semua tetamu ingin kelihatan cantik walaupun dia ‘mak-mak orang’.
11. Susun meja secara ‘island’ dibahagian tengah agar orang boleh mengelilingi dan tiada ‘jalan mati’ yang perlu undur semula.
12. Sediakan bakul sampah yang bersih dan cantik serta pastikan tidak cepat penuh sampah
13. Jika dapat sediakan satu ruang khusus untuk anak anak kecil bermain atau makan.
14. Sediakan satu ruang jika tetamu minta ‘boleh saya tumpang solat”, “Anak saya nak menyusu”
15. Jadilah tuan rumah yang tenang dan tidak kelihatan letih sewaktu tetamu datang.
16. Sediakan ais yang mencukupi dan air minuman yang sedia diminum, kita tak mahu membuang masa membancuh air didapur. Air mineral dan kosong penting.
17. Jangan pasang lagu raya terlalu kuat kerana tujuan majlis adalah mengeratkan siraturahim dengan bertanya khabar dan bersembang.
18. Sediakan makanan yang sihat dengan pengurangan gula, garam dan lemak demi kesihatan bersama bukan sekadar banyaknya makanan kita.
19. Maklumkan anak anak kita agar membantu dan berikan kerjasama agar kita menjadi hos yang baik. briefing awal penting.
20. Banyakkan berdoa dan betulkan niat kita agar majlis rumah terbuka bukan untuk berlumba tetapi untuk meraikan bulan Syawal yang diraikan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Azizul Azli Ahmad (Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman), Mingguan Wanita
0 Comments