Harris Annuar Terkilan Ibu Diserang : "Keluarga Tidak Setuju Nadia Buka Hijab..."

Harris Annuar Terkilan Ibu Diserang : "Keluarga Tidak Setuju Nadia Buka Hijab..."

 


"Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya.


"Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu. Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu.



"Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana macam saya katakan, bila saya beritahu yang saya tidak bersetuju dengan keputusannya itu, saya sudah terlepas daripada dosa. Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.


"Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti."


Demikian kata pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar yang menjelaskan, dia sudah menasihati kakaknya, pengacara televisyen, Nadia Annuar berhubung keputusannya yang kini tampil tidak lagi berhijab selepas memuat naik satu perkongsian sempena hari jadinya, bulan lalu.


Bagaimanapun, Harris meluahkan rasa terkilan apabila ibunya, usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, dikecam netizen susulan keputusan kakaknya itu.




"Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya.


"Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu. Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu.


"Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. 


"Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen. Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula," tuturnya.

kredit:artisMalaysia

Post a Comment

0 Comments