I Can See Your Voice Malaysia Episod 4

 


Program hiburan popular, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program terbitan Korea Selatan, kembali untuk musim keenam.

ICSYVMY 6 yang bersiaran selama 11 episod, akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam, mulai 4 Jun depan di TV3. Program realiti ini membuka tirai kepada sambutan ulang tahun ke-39 TV3.

Musim lalu program bercorak muzik misteri itu menampilkan tiga ahli panel penyiasat. Namun, kali ini, seorang lagi ahli panel ditambah yang pasti menjanjikan kemeriahan di studio.

Panel penyiasat tetap adalah pelakon, penyanyi dan pelawak iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie.

Panel penyiasat memerlukan kesepakatan untuk mengenal pasti dan membuat keputusan dalam mencari penyamar. Setiap penyiasat tetap dibantu penyiasat undangan yang berlainan pada setiap episod.

Antara penyiasat undangan yang akan menghangatkan suasana adalah Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

Tugasan pengacaraan digalas pelakon dan penyanyi, Izzue Islam dan Shiha Zikir. Ini kali pertama mereka digandingkan di pentas ICSYVMY.

ICSYVMY 6 menyediakan empat pusingan untuk artis jemputan mengenalpasti dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang pada tiga pusingan awal.

Jika peserta yang mara ke pusingan akhir adalah penyamar, dia berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3,000. Pemenang setiap episod akan membawa pulang bekalan produk Cadbury selama setahun.

Penyanyi sebenar pula berpeluang merakamkan single bersama penyanyi popular tanah air.

Sejak diperkenalkan, ICSYVMY berjaya mencipta fenomena tersendiri yang membuatkan sesi uji bakat untuk setiap musim mendapat sambutan luar biasa.

Sesi uji bakat musim baharu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, selama tiga hari mulai 17 Mac lalu, menerima lebih daripada 700 penyertaan.

Tonton Episod 4

Video bawah iklan

Episod 4 ICSYVMY
Sumber: Tonton

Post a Comment

0 Comments