Isteri Hamil 7 Bulan Maut Ditolak Suami Ke Tebing Berketinggian 1000 Kaki

Isteri Hamil 7 Bulan Maut Ditolak Suami Ke Tebing Berketinggian 1000 Kaki

 


Turki: Seorang suami sanggup menolak  isterinya yang tengah hamil 7 bulan  ke tebing  yang berkedalaman 1000 kaki. Hakan Aysal (40) sedang bercuti dengan isterinya Semra Aysal (32) di Butterfly Valley, di bandar MugIa, Turki Tenggara. Beliau telah merancang untuk melakukan pembunuhan di sana. 


Mereka berada di atas tebing selama 3 jam semata-mata untuk mnunggu  orang ramai beransur pulang. Bila kelibat orang ramai sudah tiada,  Hakan mngajak Semra berswafoto (selfie) sebelum menolaknya ke tebing. Akan tetapi ketika di mahkamah Hakan mengatakan Semra tergelincir lalu jatuh selepas mereka bergambar. Dia tidak sempat menyelamatkan Semra kerana leka melihat gambar mereka di dalam telefon bimbit. Setelah berpusing menghadap ke belakang, Semra sudah tiada. 






Namun, pendakwa tetap menyatakan Hakan merancang pembunuhan kerana dia baru sahaja menuntut wang insurans isterinya sebanyak 400 000 lira (RM 250 000). 


Keluarga Semra turut menyatakan ketika menuntut jenazah di Institut Perubatan Forensik,  Hakan hanya berada di dalam kereta tanpa berasa sedih. Hakan juga turut mnggunakan nama Semra untuk mendapatkan pinjaman peribadi.


Mahkamah Tinggi Fethye telah memutuskan bahawa dia direman dalam tahanan kerana pembnuhan yang direncanakan. 


Sumber: mirror.uk.com

Post a Comment

0 Comments