Baru-baru ini tular gambar Janna Nick yang begitu cantik dan berseri semasa hari pernikahannya. Difahamkan Janna telah mengupah make-up artis daripada Thailand di majlis bersejarah itu.
Malahan, make-up artis (MUA) terkenal Malaysia iaitu Bella telah menerima kritikan netizen kerana tidak mampu meniru teknik make-up daripada MUA Thailanda tersebut. Malahan Janna berbelanja besar dengan menghabiskan Rm10 000 untuk riasan make-up sahaja.
Namun apa yang mengejutkan, tular pula gambar perkahwinan Dato Siti Nurhaliza yang menerima sentuhan MUA Indonesia. Bahkan Dato Siti telah mengupah MUA tersebut dengan bayaran RM20 000.
Menurut netizen walaupun perkahwinan Dato Siti 17 tahun lalu, namun riasan wajah yang digunakan masih nampak segar dan up to date.
Apa-apapun ukur baju di badan sendiri. Jika mampu apa salahnya berbelanja besar untuk majlis sekali seumur hidup. Kan? Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhirnya.
KisahJalananDotCom
0 Comments