Mimpi tidak bermakna tanpa keberanian -Shuib

Mimpi tidak bermakna tanpa keberanian -Shuib

 



Beberapa hari sebelum kahwin, Shuib berkongsi gambar lama beliau sewaktu remaja yang memberi seribu satu makna hingga membuatkan peminatnya berasa sebak, sayu serta bangga.


Berlatar belakangkan rumah usang, tingkap hampir roboh, karpet gambar kaabah di dinding yang pastinya mengimbau nostalgia orang dulu-dulu. 

“Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun.. ni lah rumah saya dibesarkan…air ambik tiap2 petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,moto takde yang ade cuma basikal,belanja sekolah 50sen,sabtu ahad tangkap belut buat tambah2 duit sekolah", katanya. 

 

Sambungnya lagi, "rumah nenek sangat kecil sehingga jika dibandingkan, bilik tidur saya sekarang ni lebih besar daripada rumah arwah nenek. Kalau ikutkan dalam kampung tu.. kamilah yang paling miskin". 



“Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar…Belajar erti susah sebenar,,,belajar menghargai setiap apa yang ada,,Belajar bersyukur dengan nikmat Allah…" luah Shuib dalam satu temubual beberapa tahun lalu.



Selain pendapatan sebagai artis, rupanya Shuib sebenarnya kaya-raya kerana memiliki perniagaan sendiri. Beliau mampu berbangga dengan kedai minuman yang diusahakannya sendiri dengan arwah isterinya Siti Sarah Raisuddin. Bubble Bee telah dibuka melebihi 20 cawangan di semenanjung Malaysia. 




Apa yang kita boleh ambil iktibar dari gambar Shuib ini adalah, jangan pernah berputus asa mengejar impian. Tahniah sekali lagi buat Shuib sah bergelar suami kepada Watie Hanafiah.

Post a Comment

0 Comments