Terkini!! Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik Swasta, Jom Daftar Sekarang

Terkini!! Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik Swasta, Jom Daftar Sekarang




Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).


Golongan B40 di bawah skim ini akan mendapat rawatan percuma di klinik-klinik swasta sekiranya mengalami:

1) Demam dan selesema

2) Cirit-birit dan muntah

3) Terseliuh

4) Sakit kepala

5) Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. 


Bantuan tersebut adalah seperti berikut:

Kategori penerimaJumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun ke atas
RM125
Bujang
– 21-59 tahun
– 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
RM75


Syarat-syarat Kelayakan: 

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah untuk golongan B40 berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Kelayakan adalah secara automatik, tetapi tuan/puan boleh memeriksa kelayakan di pautan Skim Perubatan Madani untuk pengesahan.  Klik sini => Semakan Kelayakan


Lokasi Program Rintis

Bantuan ini merupakan bantuan rintis. Oleh itu, kawasan yang terlibat adalah seperti berikut: 


  • Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor),
  • Kuala Lumpur,
  • Kinta (Perak),
  • Timur Laut (Pulau Pinang),
  • Johor Bahru (Johor),
  • Kota Kinabalu (Sabah) dan
  • Kuching (Sarawak)


Skim ini hanya sah daripada 15 Mei hingga 31 Disember sahaja. 

kredit:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Post a Comment

0 Comments