(AlFatihah) - Genap 9 Tahun Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah

 


                                                                                RTM


Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia 🤲🏻

PADA HARI INI ditahun Masihi 5/7/2014 - 5/7/2023 genap 9 tahun Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini kembali ke Rahmatullah bersamaan 8 Ramadhan 1435H sekitar jam 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, diusia 61 tahun kerana komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis)

Jenazah Almarhumah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor

Almarhumah adalah penyanyi kedua Negara dianugerahkan gelaran "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamha Puan Sri Saloma.

Pada tahun 2003, beliau telah dianugerahkan Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh DYMM Yang Di Pertuan-Agong ke - 12, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Saudaraku

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;
"Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar (keampunan) kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka".
(HR. Ad-Dailami)

Ayuh sama2 kita aminkan doa ini buat Allahyarham Dan seluruh muslimin Serta muslimat yg telah meninggal dunia, mudah mudahan Bila tiba waktu kita, ada insan lain yg mendoakan kita.

"Ya Allah, Ampunilah saudara kami "Sharifah Aini Syed Jaafar" serta seluruh muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya".
(Riwayat Imam Muslim)

Aminnn aminnn aminnn Ya Rabbal a'lamin


Biodata Beliau

Nama: Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. 


Ringkasan diri: Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia bergelar "Superstar" sewaktu zaman kemuncak kegemilangannya. Sharifah Aini juga menjadi satu-satunya artis pujaan ramai sewaktu zaman 70'an, 80'an dan 90'an secara berturut-turut sehingga ke beberapa benua. Walaupun terdapat artis lain yang kurang hebatnya juga seperti Rafeah Buang dan Anita Sarawak tetapi Sharifah Aini tetap menjadi pilihan utama sehingga mendapat berbagai gelaran pujaan antaranya seperti Biduanita Pujaan Ramai, The Golden Voice, Queen of Songs dan banyak lagi. Namun di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang mempunyai suara yang merdu sehingga mendapat jolokan penyanyi bersuara Buluh Perindu. Setiap lagu dendangan beliau pasti akan membuatkan pendengar terpukau.

Beliau banyak menghasilkan album untuk setiap dekat buat jutaan peminat beliau di luar sana sehingga 140 album. Sharifah Aini juga merupakan artis yang banyak menyanyi berlatarkan suasana orkestra pada skala mega yang menjadi kegemaranya dan diakui sendiri rakan sekerja beliau Datuk Ramli M.S. seorang komposer terkemuka. Di Malaysia bakat beliau banyak diasah oleh komposer tersohor negara Yang Berbahagia Dato Dr Ahmad Nawab.

Pada tahun permulaan 2000 Sharifah Aini banyak membuat persembahan tertutup untuk menyara badan-badan amal. Hajat terakhir beliau tidak kesampain buat jutaan peminatnya di luar sana yang berhasrat membuat konsert berskala mega yang menghimpunkan barisan ahli-ahli muzik orkestra sebanyak 200 orang dedah Datuk Ramli MS sewaktu di temubual oleh Datuk Aznil Nawawi dalam sebuah program terbitan ASTRO "Mengenang Sharifah Aini".

Di Malaysia, beliau juga merupakan antara satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia sehingga syarikat tersebut menutupkan operasinya untuk bergabung bersama syarikat gergasi dunia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam The Malaysia Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga merupakan satu-satunya penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 5 dekad.



Kehidupan Awal: Ibubapa Sharifah Aini adalah warganegara Malaysia dan beliau telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya untuk dijaga dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.

Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian.

Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.


Populariti: Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah.

Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor MalaysiaDolly Parton MalaysiaSparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu.


"Kau Pergi Tanpa Pesan"
Kematian: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun. Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014. Jenazah telah dibawa ke Masjid AT-TAQWA, Taman Tun Dr Ismail selepas solat subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.


Biduanita Lagenda: Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.


Kontroversi: Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya akibat tulisan di sebuah tabloid. kes saman adalah antara Sharifah Aini dan Mingguan Tabloid tersebut bukanlah menyaman ibunya.


Perkahwinan Di Ambang Penceraian: Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.


Mentor: Datuk Sharifah Aini dipelawa untuk menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti Mentor 5.


Sumber: Wikipedia, gosip artis

Post a Comment

0 Comments