Beauty with brains, Fathia Latiff kini pengamal undang-undang, rupanya graduan law UiTM

Beauty with brains, Fathia Latiff kini pengamal undang-undang, rupanya graduan law UiTM

 


BEAUTY with brains. Demikian perkataan yang diungkapkan buat pelakon, Fathia Latiff.

Lama menyepi rupanya aktres jelita berbakat besar ini sedang bekerja di sebuah firma guaman.

Berkongsi sekeping foto di laman sosial Instagram, pelakon drama Ariana Rose itu memaklumkan dirinya kini secara rasmi menjadi pengamal undang-undang.

“Officially a legal practitioner,” titipnya.

Foto yang dimuat naik memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat.



 Sejak Jun lalu, beliau berkongsi beberapa hantaran bahawa sedang bekerja di firma berkenaan.

Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.


Bagaimanapun, beliau yang berkata kepada sebuah portal hiburan pada etika itu tidak bercadang untuk meneruskan chambering.

Tidak hanya mempunyai rupa paras yang cantik, Fathia juga mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan hebat.


Meniti usia 35 tahun, anak kepada Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan ini bertuah memiliki adik-beradik yang memiliki latar belakang pendidikan hebat.


Adiknya, 
Nur Fasiha merupakan seorang doktor manakala Nur Farhana juga pengamal undang-undang.


Terdahulu, Fathia merangkul Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.

Tidak hanya itu, Fathia turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu DarabyFathiaLatiff.


Post a Comment

0 Comments