Gergaji Kekasih 35 Bahagian Dalam Tandas, Lelaki Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Selama 3 Minggu

 


Seorang lelaki di India mengaku telah memotong mayat pasangannya kepada 35 bahagian di dalam tandas rumah sewa mereka.

Kerat kekasih kepada 35 bahagian


Memetik laporan NDTV, suspek yang dikenali sebagai Aaftab Amin Poonawala membuat pengakuan itu di hadapan bapa mangsa, Vikas Madan Walkar ketika prosiding di mahkamah baru-baru ini. Suspek mengaku membunuh Shraddha Walkar pada 18 Mei 2022 dipercayai berpunca akibat pergaduhan. Tambah suspek lagi, selepas memotong mayat kekasihnya kepada 35 bahagian menggunakan gergaji, dia membungkus mayat mangsa di dalam plastik.

Dia kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum membuang mayat tersebut di beberapa kawasan seperti di dalam longkang dan hutan. Menurut sumber, polis Delhi menemui sekitar 13 tulang, termasuk tulang pelvis si mati.

Suspek mengaku



Semasa prosiding, bapa mangsa memberitahu bahawa suspek juga pernah menunjukkan kepadanya tempat dimana dia membunuh dan memotong mangsa iaitu di tandas.

 Apabila “teman wanita baharunya” melawat tertuduh, dia akan mengeluarkan beg sampah dari peti sejuk dan menyimpannya di atas rak kayu di dapur.

Beberapa bahan bukti termasuk peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan mayat mangsa serta serta kayu disyaki mempunyai kesan darah si mati. 

Sumber: NDTV

Post a Comment

0 Comments