Seorang peguam syarie, mendedahkan terdapat satu sebutan kes di mahkamah yang melibatkan perkahwinan seorang wanita dengan empat suaminya.
Anggap diri sudah bercerai
Menerusi ciapan di Twitter, peguam yang dikenali sebagai Hasanah Johari berkata seorang lelaki telah hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah iaitu membubarkan perkahwinannya.
Paling mengejutkan adalah wanita tersebut masih berstatus isteri orang dan mempunyai tiga orang suami sebelum berkahwin dengan suami keempatnya.
Seram kes hari ini di mahkamah, suami hadir failkan faraq nikah, jarang suami failkan faraq nikah.
Bila hakim tanya isteri, rupanya isteri adalah isteri orang lain semasa nikah suami dia yang ini.
Lagi mengejutkan dia bukan hanya mempunyai seorang suami tetapi dia ada dua orang suami lain.
Lelaki tersebut mengetahui dia ‘dimadukan’ selepas seminggu berkahwin dengan membuat semakan di pejabat agama.
Suami pertama berkahwin pada tahun 2008, wanita itu memfailkan fasakh tetapi kes dibuang. Tiada perintah fasakh.
Dia bernikah dengan suami kedua pada tahun 2013 iaitu lelaki warganegara Singapura. Status perkahwinan mereka tidak diketahui, isterinya berkata pernikahannya bubar begitu sahaja.
Suami ketiga pula dinikahi pada tahun 2017 melalui wali raja di wilayah.
Menurut fakta yang dikemukakan, wanita tersebut tidak pernah bercerai dengan suami-suaminya dan beranggapan bahawa perkahwinannya sudah terbubar dengan sendiri.
Isteri mengaku tadi depan hakim. Hakim putuskan pernikahan mereka fasid(nikah batil dan tidak sah dari segi hukum syarak) dan difaraqkan.
Dalam pada itu, Hasanah turut menitipkan pesan agar semua urusan nikah cerai direkodkan supaya kes rumit seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Kita kahwin kena ada ilmu munakahat. Kalau jodoh tak panjang, selesaikan di mahkamah bukan anggap diri sendiri sudah diceraikan begitu sahaja.
Sebab itu saya selalu terangkan, sebarang urusan nikah, cerai.. rujuk di mahkamah dan perlu ada rekod.
Sumber: Twitter
0 Comments