"Apa guna solat kalau kalah dengan maksiat", wanita solat fardhu sebelum konsert Coldplay cetus perdebatan netizen

"Apa guna solat kalau kalah dengan maksiat", wanita solat fardhu sebelum konsert Coldplay cetus perdebatan netizen

 


PERSEMBAHAN konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) berlangsung dengan gilang-gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.

Rata-rata peminat tegar band ikonik itu menganggap momen menyaksikan konsert tersebut sebagai satu pengalaman berharga yang akan kekal terpahat dalam ingatan.

Walaupun ketika dalam keghairahan untuk berhibur, dapat diperhatikan peminat Coldplay yang beragama Islam tidak melupakan tanggungjawab mereka bagi menunaikan solat fardu lima waktu.

Melalui satu video tular di TikTok, kelihatan seorang wanita Muslim mendirikan solat dipercayai ketika waktu Maghrib di tengah-tengah SNBJ sebelum konsert bermula.

Perkara itu menyentuh hati seorang warga maya yang berpendapat kebahagiaan duniawi boleh bergerak seiring dengan usaha mengejar akhirat.

"Kepada netizen, tak semua orang pergi konsert Coldplay ni lupa Tuhan.

"Akak ni siap pakai telekung dan solat di zon berdiri, terbaik akak," kata warga maya tersebut memberikan pujian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya yang lain turut berasa kagum dengan ketakwaan wanita tersebut dalam mematuhi tuntutan agama.

"Bagus akak ni, walau siapa pun diri kita, solat jangan tinggal. Kepada yang lain, jaga mulut kerana belum tentu iman kita ini sempurna.

"Orang yang bersolat pun belum tentu dijamin ke syurga, jadi fikir-fikirkanlah apa yang kurangnya diri ini"

 "Di mana saja pun kita berada, sesibuk mana pun kita, solat jangan tinggal kerana itu adalah tiang agama," kata pelayar.

Namun, tidak kurang juga warga maya yang menyelar tindakan wanita tersebut kerana dikatakan sebagai menghampiri lembah kemaksiatan.

"Solat tu memang kewajipan, tiada apa yang perlu dibanggakan, tapi janganlah sampai menafikan konsert itu haram.

"Apabila kita solat, ia sepatutnya mencegah kemungkaran. Jika masih melakukan kemungkaran, maknanya ada kesilapan dalam solat, jadi ayuh bersama-sama kita belajar dan perbaiki solat kita.

"Apa gunanya solat, tetapi kalah dengan godaan Coldplay iaitu satu tempat maksiat. Tempat bersolat seorang wanita seharusnya seorang diri di rumah, bukan tempat yang campur lelaki dan perempuan.

"Orang yang bersolat pun belum tentu dijamin ke syurga, jadi fikir-fikirkanlah apa yang kurangnya diri ini, teruskan bermuhasabah," ujar sebahagian warga maya.

Post a Comment

0 Comments