Tular sebuah video di media sosial berkaitan dengan 'drama' seorang tukang jahit yang menjahit pakaian pelanggannya yang salah telah mendapat perhatian netizen.
Perkara itu didedahkan menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang netizen daripada Indonesia yang memiliki akaun TikTok bernama @realchiziii. Menerusi video berdurasi 21 saat itu menceritakan, pelanggan telah menempah sebuah baju kebaya kepada tukang jahit dengan memberikan contoh gambar berkaitan model kebaya yang diingini.
Namun begitu, terdapat butang 'play'di atas baju di dalam contoh gambar tersebut. Dan hasilnya, tukang jahit turut menjahit butang 'play' tersebut yang dianggap sebahagian fesyen daripada model baju kebaya tersebut.
Video tular itu yang telah menerima 2.3 juta tontonan dan lebih 257 ribu tanda suka daripada pengguna TikTok, menunjukkan sekeping kebaya merah jambu dengan butang 'play kelabu tambahan di bahagian depan sebelah kanan bawah baju.
Pemilik video turut berkata "malahan butang 'play' itu dijahit dengan kemas. Jika saya menekannya, rasa-rasa apa yang akan berlaku? " katanya.
Video:
Rata-rata netizen berasa lucu dengan rekaan terbaru si tukang jahit. Netizen turut menasihatkan agar pelanggan yang ingin menempah baju haruslah mengupah tukang jahit yang lebih professional.
0 Comments