"Dia faham Bahasa Melayu Wei.."- Awek Penang Cuak Selepas Maki Lelaki Sabah, Ingatkan Orang Sabah Tak Faham Bahasa Melayu

"Dia faham Bahasa Melayu Wei.."- Awek Penang Cuak Selepas Maki Lelaki Sabah, Ingatkan Orang Sabah Tak Faham Bahasa Melayu

Viral sebuah video baru-baru ini seorang wanita daripada Pulau Pinang bernama Sara telah mengeluarkan kata-kata kesat dan makian terhadap seorang lelaki dariada Sabah bernama Billy. 


Video live tersebut merakamkan Sara menghina rupa paras dan penampilan Billy dengan menyangka lelaki asal Sabah tersebut tidak memahami apa yang dipertuturkan oleh Sara dalam Bahasa Melayu loghat utara. 


Sementara itu, Billy tidak berdiam diri dengan menengur perbuatan Sara kerana menghina dirinya. Sara terkejut dan malu lalu  ingin segera menamatkan live tersebut kerana menyangka Billy tidak memahami Bahasa Melayu. 


Billy mengingatkan kepada Sara supaya hormat kepada orang lain walau bagaimanapun rupa dan keadaan mereka.

Video di bawah



Rata-rata netizen berasa kesal dengan tindakan Sara yang tidak menjunjung semangat muhibbah, kurang  pengetahuan Am dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. 


Kami orang Sabah sebutan Bahasa Melayu kami lebih baku daripada Bahasa Semenanjung - Prince Yakimi 

Ramai masih duduk di bawah tempurung - Eyie

Aku lebih suka bila orang Sabah bertutur, bahasanya lebih elok drp negeri lain - Shah Roswell

Saya orang semenanjung suka orang Sabah, sebab suami saya pun orang Sabah.. tengah belajar Bahasa Bugis dengan suami - Ina

Post a Comment

1 Comments