MALANG tidak berbau.
Seorang gadis dikenali sebagai Ieslah, 25, berdepan detik cemas apabila lif dinaikinya di
sebuah apartment rosak secara tiba-tiba pada Selasa.
Lif kediaman Ieslah di Subang Jaya, Selangor itu terhenti di tingkat
dua, menyebabkan dia terperangkap seorang diri di dalamnya selama hampir satu
jam.
Ieslah berdepan kejadian cemas ketika menaiki lif di kediamannya.
"Ini detik paling menakutkan. Saya memang ada ketakutan untuk naik lif
sejak kecil. Tak sangka perkara yang paling saya takut tu la yang terjadi.
"Ceritanya saya nak pergi
kerja. Saya turun lif macam biasa. Tiba-tiba ia bergegar dan terus tersekat di
tingkat dua. Saya menggigil dan panik," ujarnya mengimbas kembali kejadian
itu.
Ketika terperangkap di dalam lif,
Ieslah sempat memaklumkan kejadian itu kepada keluarga sebelum dia membuat
panggilan kecemasan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Saya dah siap mengucap dan saya standby handbag
dekat kepala, sekiranya saya jatuh. - leslah
Namun kata Ieslah, dia juga
terkena serangan panik ketika menunggu untuk diselamatkan sehingga ditemukan
pengsan dan terpaksa dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.
"Perkara pertama saya buat,
saya hubungi mama dan papa... kemudian hubungi bomba. Tu pun kejap ada line,
kejap tiada. Dalam kepala, saya fikir bukan-bukan, takut platform lif jatuh.
"Saya dah siap mengucap dan
saya standby handbag dekat kepala, sekiranya saya jatuh. Selepas hampir
sejam, saya dah pengsan dan dibawa ke klinik. Saya kurang oksigen di dalam lif
dan sangat terkejut," ceritanya lagi.
Menurut Ieslah, dia lega berjaya
diselamatkan dalam kejadian itu meskipun akhirnya didiagnos menghidap anxiety
selepas menerima rawatan.
"Lepas dah dapat rawatan saya
dah tenang. Alhamdulillah. Petangnya saya dah dibawa balik rumah. Tapi trauma
sampai hari ni. Nak pandang lif dekat mall pun tak boleh.
"Sebelum ini saya menolak
untuk percaya saya ada anxiety. Tapi saya tahu ada 'benda' tu sebab tangan
selalu shaky bila saya takut," ujarnya.
Menerusi video tular yang meraih
lebih 100,000 tontonan di TikTok, Ieslah dilihat sedang menangis ketika dia
terperangkap di dalam lif berkenaan.
Ieslah dibantu keluarganya selepas lif berjaya dibuka.
Sementara menunggu ketibaan bomba,
bapanya juga cuba membuka pintu lif namun ia tidak berhasil.
Menjengah ke ruangan komen, ramai
netizen menzahirkan rasa simpati atas kejadian menimpa Ieslah dan turut
menyuarakan fobia yang sama.
"Saya pernah naik lif
hospital. Macam lif usang. Ia stuck, gelap. Sejak itu saya fobia. Tapi
dah bertahun berlalu, saya dah boleh atasi ketakutan itu.
"Saya pernah alami juga.
Pertama kali kena serangan panik. Tunggu maintenance sampai 40 minit.
Sampai rumah, tak mampu nak buka grill sebab panic attack tak
habis lagi.
"Adik saya trauma naik lif
sebab pernah tersangkut," kongsi beberapa netizen.
0 Comments