Kisah rumah tangga pasangan personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega dilihat masih menjadi perbincangan hangat netizen. Malah, satu demi satu ‘rahsia’ mula terbongkar.
Adik dedah rekod kesihatan Aisyah
Sebelum ini, sepupu dan merangkap adik susuan Aisyah iaitu Amirul Adli Rustam mendakwa ibu kepada dua orang anak itu pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya.
Terbaharu, Amirul sekali lagi mendedahkan rekod kesihatan dipercayai Aisyah di mana dia pernah ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan setelah didakwa dipukul oleh Alif Teega.
Menerusi laporan tersebut, Aisyah dikatakan mengalami bengkak pada lengan setelah didakwa direntap oleh suaminya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu. Difahamkan, ketika kejadian didakwa berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.
Menerusi rekod seterusnya, Aisyah didakwa telah dipukul beberapa kali oleh Alif dalam tempoh setahun. Kali terakhir adalah pada 8 November lalu dan kejadian itu didakwa berpunca disebabkan orang ketiga.
Bukti
0 Comments