Lari Nikah Di Selatan Thailand Haram & Tidak Sah, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus !

Lari Nikah Di Selatan Thailand Haram & Tidak Sah, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus !


Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan lelaki dan wanita memilih bernikah di selatan Thailand terutama untuk pernikahan kedua seseorang lelaki itu.

Al maklum, cara inilah paling mudah buat mereka untuk melaksanakan hajat yang dikatakan murni itu.

Jadi, isu atau kontroversi ini telah menjadi perdebatan buat ramai netizen, ramai yang tertanya-tanya tidakkah cara ini membelakangi pihak isteri pertama, di manakah hak seorang isteri pertama?

Di sini terdapat jawapan ringkas apakah hukum nikah sedemikian dari sudut fekah oleh Ustaz Azhar Idrus?

Video:


Melalui kefahaman kita dalam ulasan ustaz sehingga akhir video, hukum lari bernikah di selatan Thailand ini hukumnya adalah haram berdosa besar walaupun dibicarakan juga di mahkamah di Malaysia selepas itu. Ini kerana agama Islam tidak menyarankan kita mengaibkan ibu ayah, keluarga demi mahu melempiaskan nafsu itu. Bayangkan kita sebagai ibu dan ayah, apakah perasaan apabila ada anak yang buat kelakuan seperti itu, sudah tentu malu dan menjadi fitnah dalam keluarga kita.

Sebab-sebab lain juga nikah itu tidak jadi sah adalah pengantin perempuan sengaja meninggalkan wali.

Ulasan lain yang dijawab ustaz dalam video itu juga,  suami isteri yang nikah di Thailand ini akan dibicarakan juga di mahkamah Malaysia atas salah laku undang-undang, maka hukum mereka nikah di Thailand adakalanya sah adakalanya tidak sah atas siasatan hakim daripada bukti-bukti mereka bagi.



Post a Comment

0 Comments