Dato Shake Tak Boleh Pulang Ke Tanah Air, Betul Ke?



Meskipun sudah berusia 73 tahun, namun personaliti penyanyi legenda tanah air, Datuk Shake masih tegap dan bergaya sebagaimana ketika muda dulu kerana baginya 'pesona' seorang penghibur itu harus sentiasa dijaga.


Apatah lagi, pada usia emas dan masih aktif dalam karier nyanyian diceburi sejak 1970-an pastinya memerlukannya menjaga kesihatan untuk kekalkan stamina diri dan bertenaga.


Bertemu dengan anak kelahiran Johor yang kini menetap di Perancis ini, ternyata orangnya ramah, mesra dan masih fasih bertutur bahasa Melayu.


Menurut bapa empat cahaya mata ini, beliau fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Perancis yang diakui amat membantu dalam karier seninya berkembang luas di persada antarabangsa demi menghiburkan peminat.


"Alhamdulillah, saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu kerana tidak pernah lupakan asal-usul diri dari Johor dan ketika bersekolah dulu, saya pernah dihantar ke sekolah Jawi hingga darjah tiga.



"Malah, sebelum Covid-19 pada 2020 lalu, boleh dikatakan saya selalu balik ke Malaysia kerana urusan kerja dan berjumpa saudara-mara di Johor. Malahan saya bercadang untuk membuat konsert pada ketika itu. Namun, ketika Covid melanda, agak mustahil untuk saya pulang ke Malaysia dan menjayakan konsert pada ketika itu",  katanya.


Harapannya berjumpa peminat di tanah air sangat besar. Oleh itu beliau sangat aktif bersukan dan menjaga pemakanan. Dato Shake berkata badannya sekarang adalah 66 kilogram (kg) yang mana sudah turun 10kg daripada berat asal 76kg kerana demi komitmen menjayakan Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember depan.


Pada konsert tersebut, Dato Shake akan menyanyikan lagu-lagu popularnya dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Manakala okestra iringan muzik juga didatangkan khas daripada Paris. Salah satu lagu yang gemar dinyanyikan ketika di luar negara ialah 'Pulang'. Menurutnya, "kerana lagu Pulang ini, rakan-rakan saya di luar negara ramai tak sabar nak pulang ke tanah air" katanya dengan nada gembira. 


Lirik Lagu 'Pulang' 


Aku terjaga dari tidur
Bagai ada satu suara
Yang lembut membisik padaku... pulanglah
Termenung di pagi yang dingin
Terkenangkan kampung halaman
Terbayang wajah-wajah sayu... ku rindu
Kenangan mengusik jiwaku
Berlari di pinggiran desa
Damainya dipangkuan bumi... tercinta
Meskipun kini ku bahgia
Namun jiwaku keresahan
Padamu kasihku tercurah... desaku
Tiba-tiba aku tersedar
Langkah kakiku terhenti
Ku aturkan jejak kembali... padamu
Bersama pengalaman ini
Dewasa bersama cabaran
Akan ku curahkan padamu... oh ibu
Perjuangan mu yang abadi
Akan ku teruskan semula
Membangunkan tanah pusaka... yang indah
Betapa kesedaran kini
Bumiku dahagakan baktinya
Terimalah pulangku ini... oh ibu
Aku terjaga dari tidur
Bagai ada satu suara
Yang lembut membisik padaku... pulanglah
Termenung di pagi yang dingin
Terkenangkan kampung halaman
Terbayang wajah-wajah sayu... ku rindu
Yang lembut membisik padaku... pulanglah


Post a Comment

0 Comments