Berhubung video tersebut, Izreen tampil memberi kenyataan menerusi satu hantaran di Instagram Story, dimana dia menyatakan urusan mahkamah bersama pihak berkenaan sudah hampir selesai.
Malah, pelakon itu juga berkata, dia bakal mengeluarkan kenyataan rasmi demi menjernihkan keadaan supaya tiada isu berbangkit atau kes salah faham yang berterusan lagi.
"Assalamualaikum, memandangkan ramai sangat yang dm berkenaan isu yang dibangkitkan sekarang. Apa yang saya boleh katakan, kes mahkamah hampir selesai.
"Once (Sebaik) dah selesai, kita akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Insya-Allah, supaya tidak ada lagi salah faham atau cerita yang tidak elok untuk didengar mahupun ditokok tambah atau sengaja diadakan," katanya.
Dalam pada itu, Izreen juga berharap agar ramai pihak boleh memberikan ruang kepadanya supaya segala urusan dapat berjalan dengan lancar.
"Harap semuanya bersabar dan tidak saling menunding jari dan terus menghukum seperti yang telah berlaku sejak 2017 hingga 2023.
"Jadi saya memohon doa dari anda semua agar urusan ini dapat diselesaikan dengan baik. Bagi ruang dan masa supaya ianya berjalan lancar, Insya-Allah," ujarnya.
Sebelum ini, Intan pernah memuat naik video menangis teresak-esak apabila namanya masih dikatakan belum 'move on' sehingga kerjaya dan pendapatan suaminya menjadi pertikaian.
Terdahulu, pelakon Izreen Azminda dan madunya, Intan Saleh pernah 'berperang' mulut di Instagram Story.
0 Comments