Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.
Allahyarham yang dimasukkan ke HCTM sejak April lalu akibat kebocoran usus. Kesihatannya semakin merosot dan berada dalam situasi kritikal serta sedarkan diri sejak tengah hari tadi.
Beliau meninggal dunia di sisi suami, Jahangir Khan, anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Khabar duka itu turut disahkan teman rapat Allahyarham yang juga penyanyi, Haiza.
Sebelum disahkan meninggal dunia, satu sesi bacaan yasin dan doa selamat diadakan secara dalam talian sekitar pukul 8.30 malam tadi yang turut disertai ramai rakan artis, peminat serta petugas media.
Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HCTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 28 Mac lalu.
Penyanyi Rayuanku itu kemudian dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU), namun masih dalam pemantauan ketat.
Terdahulu, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun dalam satu wawancara memaklumkan tahap kesihatannya menurun.
Kebocoran usus dialami ibu kepada pelakon Kilafairy itu juga menyebabkan kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
Semoga Rohana Jalil ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh .Aminn
0 Comments