"Tuduhan Pukul Isteri Melampau, Kahwin Dua Aturan Allah, Saya Akan Cuba Satukan Isteri & Madu" - Alif Teega

"Tuduhan Pukul Isteri Melampau, Kahwin Dua Aturan Allah, Saya Akan Cuba Satukan Isteri & Madu" - Alif Teega

 


SELEPAS dikecam hebat netizen gara-gara berkahwin dua, personaliti media sosial Alif Teega akhirnya tampil mempertahankan diri menjawab beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menganggap segala yang berlaku atas aturan Allah SWT, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, mengakui terlalu banyak fitnah timbul membabitkan dirinya dengan isteri pertama iaitu Aisyah Hijanah.

"Ada yang kata saya pukul dan abaikan tanggungjawab sebagai suami, buat perkara tak baik pada Aisyah sepanjang dia mengandung.

"Perkara itu adalah satu fitnah yang sangat besar... Ada juga akaun palsu saya, Aisyah dan isteri kedua Fatin, serta keluarkan banyak kenyataan yang tidak masuk akal.

"Sangat teruk kerana ada yang kata dua tahun saya ada relationship, benda itu tak berlaku dan perkara sebenar cuma sebulan saja, Allah atur dengan sangat mudah," katanya kepada mStar.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

TONTON VIDEO TEMUBUAL 

Post a Comment

0 Comments