Aktiviti riadah bertukar tragedi...

 


Segamat: Seorang lelaki maut di sengat tebuan ketika melakukan aktiviti sukan permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis Muhamad Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.24 petang semalam.

Katanya, mangsa, Halmi Tahrin, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Labis.

"Mangsa diserang tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di sekitar hutan simpan berkenaan.

"Bomba mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, operasi yang diketuai Hairisyah Wahid dari BBP Labis bersama sepasukan tujuh anggota itu ditamatkan pada 6.34 petang.

Post a Comment

0 Comments