Al-Fatihah Pelakon Majed Salleh Meninggal Dunia, Ada Perkara Belum Selesai?



Latar belakang & hayat


Majed Salleh (65 tahun) ialah seorang pengarah dan pelakon Malaysia. Beliau sering berlakon sampingan atau utama di mana-mana drama terbitan Skop Productions seperti Sembilu, Sembilu kasih, Gerak Khas, Tragedi Oktober, Bara dan lain-lain lagi. Majed Salleh sering mewarnai kaca TV dengan lakonannya  pada tahun 90an. Namun sehingga kini, Majed Salleh  aktif di belakang tabir sebagai pengarah di setiap drama dan filem Malaysia. 





Nama Majed Salleh kembali tular baru-baru ini, apabila filem arahannya pada tahun 2008 'Syaitan Munafik' telah siap setelah 15 tahun tertunda. Namun filem ini menyimpan kenangan menyedihkan kerana salah seorang pelakon yang terlibat di bawah arahannya ialah Allahyarham Asyraf Sinclair. Malahan Majed Salleh juga turut meninggal dunia pada 6 Oktober lalu disebabkan serangan jantung. 




Sempat mengarah filem sebelum meninggal dunia




Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dihasilkan sejak 2008 oleh produksi United Nine Creative SDN BHD, yang juga turut dibintangi Allahyarham Ashraf Sinclair dan diarahkan oleh Allahyarham Majed Salleh.


Dikhabarkan filem ini akan menyajikan jalan cerita yang jauh lebih menarik kerana telah banyak pembaikan dan penambahan babak selama filem ini ditangguhkan. Sangat meyakinkan bahawa filem ini mempunyai kejutan yang akan memuaskan banyak penonton nantinya.


Syaitan Munafik mempunyai keistimewaan yang unik untuk menyampaikan story telling dan premis. Filem ini bukan semata-mata klise, tetapi penuh nuansa hiburan serta mempunyai scene suspense dan skoring muziknya yang bakal menawan para penonton. Serta kemasan kekuatan plot dengan beberapa cerita untuk menipu penonton (Plot Twist).


Selain Allahyarham Ashraf Sinclair, sederet pelakon ternama malaysia juga turut memeriahkan filem ini. Termasuklah Ruminah Sidek, Dato Jalaluddin Hassan, Faizal Husin, Linda Hashim, Dian P Ramlee, Airis Yasmin, S Samsudin, Chik, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Latif Borgiba, Fatimah Yahya, Zila Bakarin, Ramly Saleh, Munir, Nadia, A Galak, Fathil Dani, S Azli, Maidin, Mak Jah dan Erry Putra.


Ada juga bintang pendatang baru Malaysia, seperti Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, Erin CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah. Ada dua pelakon Indonesia yang terlibat dalam filem horor terseram ini juga, Tessa Mariska dan bintang muda Dea Lestari.


Sinopsis Syaitan Munafik


Mengisahkan sekumpulan pelajar di mana dua daripada mereka berasal dari Indonesia dan tiga pelajar tempatan, membuat kajian mengenai kewujudan puteri bunian dan alam ghaib.


Mereka menempuh pelbagai halangan dari awal perjalanan hingga tiba di kaki gunung. Tanpa menghiraukan kejadian aneh, kenderaan yang mereka naiki meluncur ke suatu tempat yang dilihat seperti alam ghaib.




Nantikan tayangannya 21 Disember ini di pawagam terdekat anda. Pasti ramai yang rindu untuk melihat lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair dari arahan Majed Salleh. 


Salam takziah & Al -Fatihah


Post a Comment

0 Comments