Anak Gadis Disimbah Asid, “Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa

Anak Gadis Disimbah Asid, “Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa

 


Anak gadis disimbah acid, sudah 8 kali jalani pembedahan akibat 70% badan melecur – bapa. Perjalanan pulang seorang gadis yang baru enam hari bekerja mendatangkan tragedi apabila menjadi mangsa simbahan asid dari penghantar e-hailing.

Berusia 19 tahun, Nadia Fasha Qistina menjadi mengalami kecederaan teruk apabila 70 peratus tubuhnya melecur dan sudah menjalani lapan kaki pembedahan di Hospital Sg Buloh.

Anak Gadis Disimbah Asid

Dalam satu perkongsian dari bapanya di fb, @Marsha Zulkarnine, dirinya merayu jika ada saksi kejadian selain bantuan kewangan bagi yang sudi membantu kos pembedahan anaknya kerana mereka sekeluarga sudah membelanjakan banyak wang untuk 8 kali pembedahan sebelum ini.

Berkongsi hal ini, bapa Nadia Fasha berkata, dirinya dengan rasa rendah diri ingin meminta apa-apa sudut bantuan dan sumbangan bagi keperluan anaknya terutama untuk menjalani pembedahan plastik bagi memperbaiki keadaan tubuh anaknya yang cedera teruk.

-ADVERTISEMENT-

“Saya dengan merendah diri ingin meminta apa-apa sudut bantuan & sumbangan dari pihak Tuan/Puan untuk keperluan rawatan anak perempuan saya Nadia Fasha Qistina yang menjadi mangsa simbahan asid pd 08/11/2023 yang lepas di kawasan Denai Alam, Shah Alam, Selangor. Beliau menjadi mangsa semasa balik dari kerja di kawasan tersebut.


“Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa

Tambah bapa ini, keadaan anaknya agak  kritikal & di tempatkan di wad rawatan rapi Burn Unit, Hospital Sg Buloh, Selangor. Hampir 70% keseluruhan anggota badan terkena asid tersebut (muka, leher, tangan kiri kanan, badan, peha kiri kanan serta kaki kiri kanan),” katanya sambil menambah, sepanjang tempoh ini (hampir 2 bulan) sebanyak 8 kali pembedahan telah dilakukan oleh pihak pakar hospital dan kebanyakkan bil serta keperluan telah ditanggung oleh pihak keluarga saya sendiri kerana Hospital Sg Buloh merupakan semi gov & anak saya tersebut tiada perlindungan insuran & tiada perlindungan perkeso (anak baru 6 hari bekerja). Ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Untuk pembelanjaan & rawatan susulan selepas pembedahan ini, apa yang pihak hospital jelaskan pada kami, ia memerlukan belanja yang besar secara berterusan (perubatan, gantian tisu & kulit, rawatan mata, gantian kelopak mata, hidung serta beberapa pembedahan plastik).

“Kemungkinan juga menurut doktor, anak saya perlu bergantung dengan ubat sepanjang hidup untuk elak pelbagai jenis jangkitan. Ia di luar kemampuan saya & keluarga kerana pihak saya sudah berhabis untuk selamatkan nyawa anak saya sebelum ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai info, rakaman cctv, dashcam atau apa-apa bukti bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan, boleh menghubungi saya di 011-5555 4884 (Mansha).

Segala info dari pihak Tuan/Puan amat diperlukan untuk menjejak pelaku terutama yang ada di tempat kejadian & saksi-saksi (Jln Elektron, Denai Alam. 5.00pm Rabu 08/11/2023).

Untuk sumbangan kewangan seikhlas hati walaupun sedikit, pihak kami menerima dengan berbesar hati. Walaupun segelas air tidak mampu memadamkan api yang sedang marak tapi sekurang-kurangnya kita berusaha utk memadamkan api tersebut.

* Saya tidak melantik orang ketiga untuk kutipan derma/sumbangan kecuali direct ke acc saya untuk mengelak dari scammer. Pihak saya akan hubungi pihak yang memberikan maklumat. Terima kasih. 

-RHB BANK BERHAD (Personal)
16452600039344 (AZMAN SHAH MOHAMMAD)

-CIMB BANK (Personal)

7026639538 (AZMAN SHAH MOHAMMAD)

Kredit: Mingguan Wanita


Post a Comment

0 Comments