"Anak tak jenguk bapa sakit" - Isma Alif rindukan anak-anak


Isma Alif seorang pelakon, pelawak, penyanyi serta juga pengacara yang lahir pada 24 Julai 1962  telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada 25 Disember lalu.


Melalui hantaran yang dikongsi rakan seperjuangannya iaitu Mustapha Kamal di facebook memberitahu Isma Alif telah dimasukkan ke hospital kerana megalami masalah jangkitan kuman. Beliau juga mendoakan agar Isma Alif diberi kesembuhan, dalam keadaan sakit Isma Alif turut cuba menghiburkan Papa dan Mummy kata Mustapha Kamal.


Dalam pada itu, Mustapha Kamal atau digelar Papa berkata beliau cuba menghubungi waris terdekat tapi gagal, Isma Alif juga ada beri pesanan dan kata rindu pada anak-anak.


Jenguklah Ayah Sebelum Terlambat!

Adik kepada Isma Alif iaitu Shamsidah Ismail berkata kepada dua anak saudaranya ziarahlah ayah sebelum terlambat yang kini sedang dirawat di Hospital Ampang akibat diserang angin ahmar serta jangkitan kuman pada jantung dan juga paru-paru.


Meskipun keadaan terkini pelakon filem Marah-Marah Sayang itu telah stabil namun sebagai adik, dia sedih melihat abangnya yang dahulunya seorang periang kini sering menangis mengenangkan zuriat sendiri.



Biodata Isma Alif

Muhammad Latiff bin Ismail  lebih dikenali sebagai Isma Aliff, lahir 24 Julai 1964) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penghibur dan pelawak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni di tahun 1986 yang popular menurusi rangkaian RTM.


Isma dilahirkan pada 24 Julai 1964, di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Beliau berkahwin dengan Norha Binti Rafie sekitar tahun 1986 dan mempunyai dua orang anak yaitu Norismalina dan Muhammad Aliff.


Isma Aliff terkenal bersama Mr OS. di lewat 80an. Filem yang dibintangi kedua pelakon tersebut seperti Kembar Siam (1989) mengangkat Isma menjadi duo bersama Os di rancangan RTM. Isma juga turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os di tahun 2013 dalam program Maharaja Lawak Mega 2013. Sebelum itu, Isma merupakan juri tetap kepada Raja Lawak.


Isma juga mebintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. Di drama, Isma bintangi Romeo yang diarahkan oleh Aziz M.Osman di tahun 2000.


Selain berlakon dan berlawak, belaiu juga mempunyai empat buah album sendiri di tahun puncaknya. Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.



Semoga Abang Isma Alif diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Post a Comment

0 Comments