Masyarakat melayu kita dulu ramai yang bela saka hantu raya. Hantu raya ni adalah sejenis jin/syaitan. Wujudnya atau jelmaannya bermata merah , bergigi tajam , berbadan besar dan badannya penuh dengan bulu bulu hitam yang tebal.
Tujuan orang dulu² membela saka jin ini adalah untuk menebang hutan , menjaga tanah kebun dan rumah , melakukan kerja² berat ataupun membalas dendam.
Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. Hantu Raya yang dipelihara perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian.
Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak/sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan akan menyerang tuannya sendiri. Hantu Raya juga biasanya akan menyamar sebagai tuannya dan tidur bersama isteri tuannya jika tak dikawal.
Ramai orang dulu yang percaya bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh , dan memudahkan mereka untuk melakukan kerja² berat. Tapi hantu raya ni jika tidak dijaga dengan baik , siaplah tuan dia.
Macam mana nak tahu seseorang itu bela hantu raya ? Kebiasaannya orang yang bela hantu raya ni :
1. Takut bertentang mata apabila bercakap.
2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang yang arif dan alim.
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu.
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat.
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat.
6. Apabila keluar rumah, dia tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri.
7. Kerap membawa telur rebus ke dalam hutan.
8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya.
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika berjimak dengan isteri.
10.Kerap bersetubuh.
11. Makan dengan lahap.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Kadang ada kes yang bayi hilang dalam kandungan walaupun dah berusia 8 bulan tu kerja hantu raya , Dia menyerupai tuannya dan bersetubuh dengan isteri tuannya dan sebelum sampai waktu bayi itu dilahirkan , ianya akan dilarikan ke alam ghaib.
Biasanya seseorang wanita yang disetubuhi oleh jin bahagian peha dan betis akan terlihat kesan tompok tompok hitam biru.
.
Macam mana nak hadap ataupun hindari dari gangguan hantu raya ni ?
Guna lada kering, garam dan arang.
Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil).
Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan ke dalam air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang yang direnjis air untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar.
Hantu raya akan lari dan cedera disebabkan oleh gas lada tersebut, Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit atau tanda yang tidak tahu puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.
Insya-Allah kita cuma ikhtiar yang melindungi kita adalah Allah .
Moga bermanfaat.
Kredit: Facebook Tengku Daeng Mawelle
>
0 Comments