Meskipun kes saman antara Siti Nordiana dan lima sekawan sudah pun selesai namun Syura dan Lan Solo terus dikecam tanpa henti di media sosial.
Menerusi perkongsian terbaru, Syura dilihat ada memuat naik kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada dua orang individu yang menggunakan nama Zabbick dan _afiqkaml untuk membuat permohonan maaf kepadanya.
Menurut Syura, dia menerima dengan hati terbuka jika netizen memberikan teguran namun tidak perlu sampai memaki serta menghinanya.
Syura turut kesal kerana ada netizen tidak mengambil pengajaran susulan kes yang dilaluinya bersama rakan-rakan sepanjang dua tahun ini.
Dalam entri tersebut, Syura turut memuat naik komen daripada individu tersebut yang menggelarnya artis sendu dan penunggang agama.
Tambah Syura lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada yang memaki serta menghina secara terbuka mahupun melalui DM.
Sementara itu, petang tadi seorang individu yang menggunakan akaun media sosial zabbick tampil memohon permohonan maaf dan Syura sedia memaafkan dengan hati terbuka. Syura turut tidak menyebarkan gambar individu tersebut untuk menggelakkannya wanita itu berasa malu. " Tak perlu dedahkan gambar, permohonan maaf yang ikhlas sudah cukup bagi saya", tulisnya.
Namun, netizen terus menerus mengecam tindakan Syura yang ingin menyaman netizen
0 Comments