KOTA BHARU: Seorang gadis mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengambil deposit rumah tanpa menyediakan rumah sewa, September lalu.
Shaffiyyah Virdanie Syamsul Amizan, 19, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Tertuduh didakwa menerima bayaran sebanyak RM520 melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) tanpa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa beliau dapat membekalkan perkhidmatan rumah sewa kepada Norsuriane Jamaludin.
Kesalahan dilakukan di pejabat BSN Taman Bendahara, Pengkalan Chepa pada 14 dan 15 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hamadi dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Januari sebagai sebutan fakta dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 untuk dua pertuduhan
0 Comments