Gara-gara Putus Cinta, Wanita Tembak Muka Sendiri Dengan Shotgun Bapa

Gara-gara Putus Cinta, Wanita Tembak Muka Sendiri Dengan Shotgun Bapa

 



Seorang wanita dari Amerika Syarikat  bernama Katie Stubblefield telah berjaya menjalani pembedahan transplantasi wajah selepas merosakkan mukanya sendiri kerana putus cinta. 


Katie seorang gadis jelita, bijak dan aktif dalam sukan.  Ketika usianya 19 telah, Katie mengalami kemurungan akibat putus cinta. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil shotgun milik ayahanya dan meletakkannya di bawah dagu.




Pada awalnya niat Katie adalah untuk membunuh diri. Katie menarik picu shotgun, peluru telah menghancurkan mulut dan hidung Katie sehingga ke lapisan luar otak. 



Ajaibnya, Katie masih selamat dengan kerosakan hampir 70 peratus di wajahnya. Ibu bapa Katie tidak jemu untuk melihat keadaan Katie pulih seperti biasa. Hampir mustahil untuk mendapatkan penderma rangka dibahagian muka. 





Namun, setelah menunggu empat tahun akhirnya muncul seorang wanita bernama Adria Schneider yang rela mendermakan rangka wajahnya. Adria seorang penangih dadah tegar dan telah meninggal dunia di hospital berkenaan. Sebelum meninggal, Adria bersetuju mendermakan rangka wajahnya kepada Katie. 


                                                                      Adria Schneider

Sebelum pembedahan dilakukan, "team" yang melibatkan jururawat, doktor dan doktor pakar seramai 60 orang telah berkumpul dan berdiskusi untuk menjayakan pembedahan itu. Meskipun menghadapi risiko kematian, Katie tetap memilih untuk meneruskan pembedahan tersebut.


Akhirnya, setelah menjalani transplantasi wajah selama 31 jam, Katie dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil. Walaupun doktor tidak dapat mengembalikan wajah asal Katie, namun pembedahan itu telah merubah muka Katie yang hancur kepada rupa paras yang lebih elok. 



Harap Katie dapat meneruskan kehidupan seperti insan normal yang lain. Dapat pengajaran daripada kisah ini?



Post a Comment

0 Comments