Identiti mangsa bunuh sudah dikenalpasti

 


Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang ditemui mati dibunuh di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai akauntan juga sudah disahkan warisnya.


Terdahulu, katanya, polis menerima laporan kejadian pada kira-kira 6 pagi tadi.


"Akauntan sebuah syarikat swasta itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, tertiarap di tepi jalan dengan kecederaan pada bahagian badan.


"Semasa pemeriksaan dilakukan, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya sudah dikenal pasti dan disahkan oleh waris," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Zam Halim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat, esok.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.


"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Artikel berkaitan:

Kes Bunuh Zayn Rayyan: JPS & Forensik akan sedut air sungai untuk petunjuk baharu

Arwah Adik Zayn Rayyan Dibuang Waktu Petang Hujan Lebat

Post a Comment

0 Comments