Ke mana menghilang Amy Mat Piah selepas Mamat Khalid Meninggal Dunia?




Amy Mat Piah  lakonan Que Haidar, adalah watak utama dalam filem Rock Oo! (2013) arahan Mamat Khalid. Amy Mat Piah, merupakan seorang pemuda yang bercita - cita mahu menjadi Penyanyi kumpulan rock Rimba Bara.


Namun sayangnya, beliau tidak mempunyai bakat yang baik dalam bidang nyanyian. Walaupun telah diberi peluang oleh Jijoe yang merangkap ketua band Rimba Bara. Oleh kerana gagal menyerlah, beliau akhirnya disingkirkan sebagai vokalis dari band yang sangat didambakannya itu.




Menyebabkan Amy menjadi tidak keruan, kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau tidak berbakat dalam dunia nyanyian. Malah, dalam Rock Bro (2016), beliau akhirnya menjadi gila. Kesian.


Sikit sebanyak, karakter ini memberi kesedaran kepada penonton. Bahawa dalam hidup ini, kita mesti menerima hakikat jika kita tidak berbakat dalam sesuatu bidang. Kita mesti mencuba bidang yang lain pula. Mana tahu, bidang yang lain itu akan memberi kejayaan gemilang.


Que Haidar berjaya membawa watak Amy Mat Piah dengan cemerlang. Sehinggakan ia dilihat sangat sinonim dengan diri beliau. Malah, watak Amy Mat Piah ini merupakan salah satu karakter yang diingati peminat filem arahan Allahyarham Mamat Khalid.




Kredit: Brader Filem

Post a Comment

0 Comments