‘Kecederaan Akibat Mempertahankan Diri’- Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik

 


Sangat memilukan apabila pihak polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang hilang beberapa hari lalu sebagai mati dibunuh.

Zayn cuba pertahankan diri


Terbaharu, pihak polis mengesahkan terdapat kesan luka mempertahankan diri pada tubuh Zayn yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di anak sungai berhampiran kawasan apartmennya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hasil bedah siasat turut mendapati kematian anak syurga berusia 6 tahun itu berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja.

Shuhaily turut mendedahkan bahawa siasatan awal yang dibuat mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi yang berbeza sebelum mayatnya ditinggalkan di tempat kejadian.

Menurut Shuhailu, kawasan anak sungai tersebut merupakan kawasan terpencil yang jarang sekali dilalui orang ramai. Susulan itu, pihak polis percaya suspek yang membunuh Zayn sangat pakar mengenai selok belok kawasan tersebut.

Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui.

Namun, ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam.

Mengambil dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ.

Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan kes akan disiasat seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro


Artikel berkaitan:

Arwah Adik Zayn Rayyan Dibuang Waktu Petang Hujan Lebat



Post a Comment

0 Comments