Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah – KP Selangor

Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah – KP Selangor

 


SUNGAI BULOH: Hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.


Justeru, polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kes bunuh.


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak terbabit mendapati ada unsur jenayah.


“Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Zayn Rayyan yang dilapor hilang sejak kelmarin ditemukan meninggal dunia, malam tadi.


Mayatnya dijumpai di kawasan sungai, jam 10 malam berdekatan kawasan perumahannya  di Apartmen Idaman, Damansara Damai.


Penemuan mayat kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Berita lain: 

Reda dengan ketentuan meskipun tidak menyangka pengakhirannya begitu – Ibu Zayn


Post a Comment

0 Comments