Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis dah periksa tiga blok perumahan

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis dah periksa tiga blok perumahan

 

Apartment Idaman Damansara Damai

Petaling Jaya: Polis sudah selesai memeriksa tiga blok perumahan di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, bagi membantu siasatan kematian Zayn Rayyan.

Kes ini diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya sudah memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

"Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, yang menjadi lokasi penemuan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan masih berjalan membabitkan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.


Artikel berkaitan:

'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan luah kerinduan paling dalam, tidak berkesudahan

Kes bunuh Zayn Rayyan: Ruby lakukan penjejakan

Post a Comment

0 Comments