LIVERPOOL: Bintang Liverpool, Mohamed Salah dikritik peminat beragama Islam selepas pemain itu memuat naik mesej Hari Krismas.
Salah, salah seorang pemain Muslim di Liga Perdana Inggeris, memuat naik gambar pokok Krismas dengan keterangan gambar menceritakan tentang konflik Israel-Palestin, sebelum mengucapkan Selamat Krismas kepada pengikutnya.
Umat Islam tidak merayakan Krismas dan Salah dikritik tahun lalu kerana memuat naik gambarnya bersama keluarga di hadapan pokok Krismas.
Tahun ini salah sekali lagi mengundang kritikan peminat kerana ucapan sempena Hari Krismas.
"Salah, anda adalah Muslim, bukan Kristian. Krismas kita adalah pada April, anda memalukan," kata salah seorang peminat.
Bagaimanapun tidak semua peminat mengkritik Salah, dengan salah seorang peminat menulis: "Sebagai Muslim kita tidak sepatutnya menghukum. Tetapi semua suka menghukum Salah setiap kali Krismas. Saya rasa kita semua tidak sempurna. Bebaskan Palestin.
"Dalam statusnya Salah menulis: "Krismas ialah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Dengan perang yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutama kematian dan kemusnahan di Gaza, Krismas kali ini disambut dengan hati yang berat.
"Kami merasai keperitan dialami keluarga-keluarga yang meratapi kehilangan orang terasayang. Tolong jangan lupakan mereka dan jadikan kesengsaraan mereka satu kebiasaan. Selamat Krismas."
0 Comments