Mayat bayi perempuan ditemui terdampar di Pantai Queensbay

 


GEORGE TOWN – Mayat seorang bayi perempuan ditemui terdampar di Pantai Queensbay di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mengerikan itu kira-kira pukul 5.55 petang.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan dipercayai hanyut dibawa arus laut sebelum terdampar di sepanjang pantai.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi polis atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Post a Comment

0 Comments