Berikutan perkembangan kes seorang murid sekolah yang dilanggar lari oleh pegawai kanan polis sehingga maut, peguam negara telah mengeluarkan kenyataan di mana suspek akan disabitkan dengan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut kenyataan Peguam Negara suspek akan dibicarakan di mahkamah Majestret Ipoh pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh dan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.
Meninjau di ruang komen, rata-rata netizen memanjatkan syukur dan berharap suspek mendapat hukuman yang setimpal di atas perbuatannya.
0 Comments