Pemilik Meratap 'Cik Kiah' Manja Telah Mati

Pemilik Meratap 'Cik Kiah' Manja Telah Mati




Balik Pulau  : Ular sawa betina dengan berat lebih 220 kilogram yang diberi nama 'Cik Kiah', ditemukan mati di sini, semalam. ( 28 Disember 2023) 


Pemiliknya, Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, berkata, dia menyedari Cik Kiah sudah tidak bernyawa ketika mahu melakukan pemeriksaan rutin, kira-kira 10 pagi.


Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah adalah daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python iaitu ular sawa batik saiz seakan anakonda.




Katanya, ia adalah antara sembilan ular sawa pelbagai genetik yang dipeliharanya dan mungkin paling besar di Asia, dengan panjang sehingga hampir tujuh meter.

Post a Comment

0 Comments