Innalillahiwainnalillahirajiun..
Dukacita di maklumkan Dato Daud Kilau telah menghembus nafas terakhir nya (meninggal dunia) jam 4.40 petang tadi di Hospital Teluk Intan. Al-Fatihah.
Menurut laporan mStar, berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.
Tambah Zaini, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.
Al Fatihah
Kredit: mStar
Lagu popular arwah Datuk M Daud Kilau
0 Comments