SUNGAI BULOH: “Memang Zayn sudah tiada, memang sudah tiada, Saya susah nak terima benda ini. Saya tak boleh tidur malam tadi dan sampai sekarang pun saya rasa Zayn masih ada,” luah ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf, 28.
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang hilang sebelum ditemui lemas berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berakhir sedemikian dan mengakui tidak boleh memberi keterangan lanjut memandangkan emosinya belum stabil.
Meskipun sukar menerima hakikat, namun dia reda dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan anaknya.
Beliau juga berharap pihak polis menjalankan siasatan lebih lanjut.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn, saya tak nak bagi komen apa-apa buat masa ini. Saya serahkan pihak polis untuk buat langkah seterusnya, jalankan siasatan,”
“Saya mintak pihak polis menyiasat lebih lanjut lagi. Saya ucapkan terima kasih semua, pihak bomba, polis, pihak media yang menolong saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya yang yang ditemui media di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Sementera itu bapa Zyan, Zaim Ikhwan, 28, memaklumkan buat masa ini pihaknya merancang untuk mengadakan solat jenazah di Masjid dekat Damansara Damai, kemudian dikebumikan di Seksyen 9 Kota Damansara.
“Apa-apa statement tak boleh komen, dan bedah siasat dijangka berlangsung lebih kurang 4 jam,” katanya.
Malam tadi, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai 100 meter dari kawasan rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, selepas hampir 32 jam hilang.
Berita lain: Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
0 Comments