Ayam goreng sememangnya menjadi kegilaan ramai tidak mengira usia. Dalam keadaan harga barang naik pada ketika ini , apa salahnya buat ayam goreng sendiri kat rumahkan? Resepi tepung ini boleh digunakan berkali-kali. Tak perlu dah nak beli tepung serbaguna kat kedai. Dapat jimat banyak tau! Jom tengok resepi.
Resepi
1/2 peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
3 senduk makan serbuk cukup rasa
2 senduk makan gula halus
2 senduk makan lada hitam kisar
Gaul sebati bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Tips
1) Boleh gunakan tepung ayam sebagai bahan perapan sebelum ayam di salut dengan tepung.
2) Masukkan 1 senduk besar tepung ayam ke dalam 2kg ayam (anggaran seekor ayam). Boleh letakkan 2-3 biji telur untuk ekstra ragup. Gaulkan dan kemudian perap dalam 1-2 jam.
3) Kemudian boleh la salut ayam dengan tepung ayam tersebut dan goreng sehingga kekuningan.
4) Jika sukakan pedas boleh letakkan serbuk cili ke dalam bancuhan tepung atau diletakkan ketika ayam sudah masak
Selamat mencuba!
0 Comments